Sunday 22 April 2012

Rancangan Pengajaran Harian

Setiap kali sesi persekolahan dibuka, semua guru akan sibuk dan berusaha untuk melengkapkan segala maklumat dalam buku persediaan mengajar yang baru dan merancang bentuk dan format penulisan buku rekod yang menarik dan kreatif. Satu daripada tugas wajib guru di sekolah selain daripada masuk ke kelas untuk melaksanakan proses pengajaran ialah menyediakan buku persediaan mengajar atau dengan perkataan lain, disebut juga sebagai buku ringkasan mengajar. Sesetengah dari guru terutama yang telah mengajar lebih daripada 20 tahun, penyediaan buku ini kadang-kadang jadi menjemukan..

cuti, cuti, cuti..!

Tuesday 10 April 2012

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)







Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dibangunkan adalah dengan matlamat untuk memperkembang dan menyuburkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan seimbang meliputi segenap aspek perkembangan sama ada fizikal, emos, rohani, intelek, dan sosial Proses ini berupaya dicapai melalui persekitaran pembelajaran yang kondusif, selamat dan ceria serta disokong melalui pelaksanaan aktiviti yang kreatif, menyeronokkan dan bermakna. Dalam konteks ini, peluang yang sama rata akan diberikan kepada semua kanak-kanak untuk memperkembangkan potensi diri melalui penglibatan aktif dalam aktiviti yang dirancangkan. 




Sesi Pembelajaran Iqra'




CIRI-CIRI DAN 10 SIFAT KAEDAH IQRA'

1. Bacaan Terus (Tanpa Analisa dan Dieja)

Pelajar tidak diperkenalkan terlebih dahulu kepada nama-nama huruf hijaiyah dan tanda-tanda bacaan. Mereka terus diperkenalkan bunyi satu-satu huruf dengan menggunakan bahan pengajaran.

2. Penggunaan Teks Tertentu
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan satu set buku yang mengandungi 6 naskhah. Pelajar menggunakan mengikut tahap-tahap masing-masing, bermula dari buku pertama. Disusun secara berjilid, dengan kulit buku berwarna-warni yang harmoni sehingga menarik minat pelajar untuk saling berlumba dalam mencapai warna-warni 6 jilid itu. Ianya juga untuk tidak menimbulkan rasa jemu.

3. Teknik Pengajaran Cara Belajar Murid Aktif (CBMA)
Yang belajar adalah murid, bukan guru-gurunya, jadi setelah guru menerangkan pokok pengajaran dan pelajar sudah jelas mengulangi beberapa kali (Talaqqi Musyafahah), maka pelajar disuruh membaca sendiri bahan berikutnya.

Jika bacaan murid salah atau keliru, jangan sekali-kali guru mencela apalagi mencaci dan menghina. Guru sebaliknya cuma memberi peringatan, contohnya: "Cuba ulang sekali lagi bagaimana? Kenapa dibaca panjang? Kenapa dibaca pendek?" dan sebagainya.

4. Talaqqi Musyafahah
Dalam mempelajari bacaan al-Quran pelajar mesti berhadapan secara langsung dengan gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya pelajar tahu betul bagaimana makhraj dan sifat-sifat huruf yang sebenarnya.

5. Tahap Berasaskan Pencapaian Individu
Tahap pencapaian dan kelajuan pelajar dalam mengikut bahan pengajarannya yang disiapkan adalah bergantung kepada kecekapan individu murid dan peranan gurunya. Untuk penilaian dan pengesanan, rekod prestasi perlu disediakan seperti yang dicadangkan.

6. Tenaga Pembimbing/Pembantu
Seorang guru membimbing lima hingga enam orang pelajar dalam satu masa. Jika keadaan memerlukan guru boleh mengambil pelajar tertentu untuk menjadi pembantu dan penyemak bagi pelajar lain yang diperingkat bawah.

7. Praktis
Tujuan Kaedah Iqra' dibentuk adalah supaya pelajar dengan cepat dan mudah membaca al-Quran. Soal teori dan ilmiah tajwid akan diajar setelah pelajar berupaya dan bertadarrus al-Quran. Istilah tajwid tidak diajar tetapi mempraktikkan sebutannya.

8. Sistematik
Disusun secara lengkap, sempurna dan terancang dengan bentuk huruf dan reka letak yang seimbang. Bermula daripada mengenalkan huruf-huruf tunggal, huruf-huruf sambung dan berirama (mad), huruf-huruf pelbagai baris peringkat demi peringkat sehingga ke peringkat ayat yang bermakna. Kerana prosesnya yang bersifat evolusi, maka ianya terasa mudah.

9. Komunikatif
Lingkaran petunjuk dan pengenalan adalah akrab dengan pembaca sehingga dapat menyeronokkan mereka yang mempelajarinya. Disusun dalam bahasa Melayu yang mudah mengerti dan difahami, sehingga ianya lebih berkesan. Selain itu, sejak awal-awal lagi sudah diperkenalkan pelajaran secara berirama (mad = panjang dan tanpa mad = pendek) sehingga terasa seronok dalam membaca dan mendengarnya.

10. Kelenturan dan Mudah
Buku Iqra' boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja, bermula daripada kalangan kanak-kanak usia pra Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, bahkan orang-orang dewasa mahupun para Ibu-Bapa yang belum mahir membaca al-Quran. Selain itu, bagi sesiapa yang mahir membaca al-Quran dapat mengajarkannya. Malah murid-murid yang baharu sahaja tamat jilid 2 atau 3 boleh mengajar yang masih diperingkat jilid 1. Ianya dapat menambahkan keseronokkan dan suasana belajar dan mengajar.
Sekian Wassalam 


Credit to Ezzedin Al-Qassam's

Saturday 7 April 2012

Objektif Pendidikan Islam

Objektif Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan generasi muslim yang berilmu, berktrampilan, berakhlak mulia dan bertakwa. Namun begitu setiap bidang Pendidikan Islam sekolah rendah mempunyai objektif yang khusus.

1) Asuhan Tilawah Al-Quran merupakan sumber rujukan dan pegangan umat Islam. Oleh itu, semua orang Islam diwajibkan mempelajari isi al-Quran dan memahami isi kandungannya. Antara objektif bidang asuhan tilawah al-Quran ialah :

-membaca surah-surah terpilih daripada juzu’ amma dengan betul dan fasih. 

-memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan

-menghafaz ayat-ayat terpilih untuk bacaan solat dan ibadat harian

-memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dengan menghayati beberapa surah sebagai rujukan petunjuk Allah.

-Murid-murid juga dapat mengambil pengajaran yang terdapat didalam surah-surah yang dipelajari.

-Murid-murid dapat mengetahui sebab dinamakan sesuatu surah serta bilangan ayat bagi sesuatu surah.

2) Asas Ulum Syariah Islamiyah dibahagikan kepada pelajaran akidah, ibadat dan sirah. Bidang akidah lebih menumpukan kepada aspek asas akidah menerusi pemantapan iman, pemupukan sikap tanggungjawab murid sebagai manusia yang sedar dan insaf akan tanggungjawab terhadap Allah dan rasul, diri sendiri, keluarga, masyrakat, alam sekitar dan negara. Bidang ibadah pula merupakan komponen kurikulim pengajaran dan pembelajaran yang banyak mengandungi unsur amali meliputi fardhu Ain dan fardhu Kifayah. Ia bertujuan melahirkan muslim dan mukmin yang bertakwa, beramal soleh, bertanggungjawab dan berakhlak mulia serta beristiqamah sebagai hamba dan khalifah Allah. Manakala bidang pelajaran sirah pula lebih memaparkan sirah hidup Rasulullah s.a.w sebagai iktibar bagi membangun diri individu, masyarakat dan negara. Objektif bidang ini ialah :

-memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagaipegangan akidah dan benteng keagamaan-memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.wsebagai asas perkembangan tamadun manusia-mengamalkan ibadah-ibadah asas fardhu ain serta memahami fardhu kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.

-murid-murid dapat mengetahui rukun iman dan rukun islam.

-murid-murid dapat menyatakan hikmah yang tersirat di sebalik rukun iman.

-murid-murid dapat menyatakan dalil-dalil tentang wajibnya beriman dengan rukun-rukun iman.

-Murid-murid dapat menyatakan bukti-bukti tentang keadilan,kekuasaan dan lain-lain sifat bagi Allah.

3) Asas akhlak Islamiyah menumpukan kepada :

-mengamal adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.

-kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dan hubungannya dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW.

-kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.

-murid-murid dapat menyatakan adab-adab dalam Islam yang meliputi cara hidup manusia keseluruhannya.

-murid-murid dapat mencontohi adab dan mengamalkan adab tersebut dalam kehidupan sepenuhnya.

 4) Objektif bidang Jawi ini ialah :

-membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisanbudaya bangsa-menulis tulisan jawi dengan baik-membaca jawi dengan lancar serta mempelajari seni tulisan jawi

-Membaca dan menulis sukukata terbuka dan tertutu.

-Mengelaskan jenis-jenis ayat.

Credit to : zarina



Thursday 5 April 2012

SKPJ Official Facebook Page

Gambar-gambar di dalam blog ini adalah ihsan dari guru-guru, dan facebook ini ---> SKPJ

Perlawanan persahabatan antara SKPJ dan SKKI

Siapa kata murid-murid sahaja mampu aktif dalam bersukan, guru-guru juga aktif dalam aktiviti bersukan. Baru-baru ini telah diadakan perlawanan persahabatan antara SKPJ dan SKKI (Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman). Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada SKPJ, guru-guru masih berpuas hati, kerana masing-masing menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan aktiviti ini.

Pertandingan bola tampar

Kerjasama guru

Saya berasa amat terpanggil untuk menulis tentang majlis persaraan guru besar SKPJ, Pn. Hajah Isniwati Bt Sanusi yang telah diadakan pada 9 November 2010. Bukan sahaja murid-murid, guru-guru juga tidak kurang hebatnya untuk turut menjayakan majlis ini. Kerjasama antara guru dapat dilihat dengan jelas melalui majlis ini.

Guru-guru lelaki bermain kompang ketika ketibaan Guru Besar.

Guru-guru perempuan membuat persembahan nyanyian.

Mereka kelihatan segak dan anggun berpakaian seragam kan? Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar pada hari tersebut. Buat Pn. Hajah Isniwati Binti Sanusi, kami ucapkan selamat maju jaya.






Kepimpinan Institusi Guru

Barisan Guru Wanita SK Pendamaran Jaya




Guru adalah profesyen mulia. Peranannya mendidik generasi dengan ilmu pengetahuan dan akhlak; Tiada kepimpinan tanpa didikan guru. Sebarang kejayaan, maka di belakangnya ada guru. Guru sama peranannya dengan ibu. Guru mendidik minda dan jiwa, sedang ibu mendidik fizikal dan segala. Kejayaan individu oleh guru dan kejayaan masyarakat juga adalah oleh guru. Besarnya peranan guru, tiada kata sepadan untuk diungkapkan jasa guru. Sebagai ingatan dan kenangan, maka antaranya diadakan Hari Guru.