Objektif Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan generasi
muslim yang berilmu, berktrampilan, berakhlak mulia dan bertakwa. Namun begitu setiap
bidang Pendidikan Islam sekolah rendah mempunyai objektif yang khusus.
1) Asuhan Tilawah Al-Quran merupakan sumber rujukan
dan pegangan umat Islam. Oleh itu, semua orang Islam diwajibkan mempelajari isi al-Quran
dan memahami isi kandungannya. Antara objektif bidang asuhan tilawah al-Quran ialah
:
-membaca surah-surah terpilih daripada juzu’ amma dengan betul dan fasih.
-memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan
-menghafaz
ayat-ayat terpilih untuk bacaan solat dan ibadat harian
-memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dengan menghayati beberapa
surah sebagai rujukan petunjuk Allah.
-Murid-murid juga dapat mengambil pengajaran yang terdapat
didalam surah-surah yang dipelajari.
-Murid-murid dapat mengetahui sebab dinamakan
sesuatu surah serta bilangan ayat bagi sesuatu surah.
2) Asas Ulum Syariah Islamiyah dibahagikan
kepada pelajaran akidah, ibadat dan sirah. Bidang akidah lebih menumpukan kepada aspek
asas akidah menerusi pemantapan iman, pemupukan sikap tanggungjawab murid sebagai
manusia yang sedar dan insaf akan tanggungjawab terhadap Allah dan rasul, diri
sendiri, keluarga, masyrakat, alam sekitar dan negara. Bidang ibadah pula merupakan
komponen kurikulim pengajaran dan pembelajaran yang banyak mengandungi unsur amali
meliputi fardhu Ain dan fardhu Kifayah. Ia bertujuan melahirkan muslim dan mukmin
yang bertakwa, beramal soleh, bertanggungjawab dan berakhlak mulia serta beristiqamah
sebagai hamba dan khalifah Allah. Manakala bidang pelajaran sirah pula lebih memaparkan
sirah hidup Rasulullah s.a.w sebagai iktibar bagi membangun diri individu, masyarakat
dan negara. Objektif bidang ini ialah :
-memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagaipegangan
akidah dan benteng keagamaan-memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah
s.a.wsebagai asas perkembangan tamadun manusia-mengamalkan ibadah-ibadah asas fardhu
ain serta memahami fardhu kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.
-murid-murid dapat mengetahui rukun iman dan rukun islam.
-murid-murid dapat menyatakan hikmah yang tersirat di sebalik rukun
iman.
-murid-murid dapat menyatakan dalil-dalil tentang wajibnya beriman
dengan rukun-rukun iman.
-Murid-murid dapat menyatakan bukti-bukti tentang keadilan,kekuasaan
dan lain-lain sifat bagi Allah.
3) Asas akhlak Islamiyah menumpukan kepada :
-mengamal adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.
-kepatuhan
terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dan hubungannya dengan Allah SWT dan Rasulullah
SAW.
-kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri sendiri,
keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.
-murid-murid dapat menyatakan adab-adab dalam Islam yang meliputi cara
hidup manusia keseluruhannya.
-murid-murid dapat mencontohi adab dan mengamalkan adab tersebut dalam
kehidupan sepenuhnya.
4) Objektif bidang Jawi ini ialah :
-membaca dan
menulis jawi serta mencintainya sebagai warisanbudaya bangsa-menulis tulisan jawi
dengan baik-membaca jawi dengan lancar serta mempelajari seni tulisan jawi
-Membaca
dan menulis sukukata terbuka dan tertutu.
-Mengelaskan jenis-jenis ayat.
Credit to : zarina
salam Cikgu..saya singgah nie..musabbah diri jer bila membaca post cikgu ni..bgus sangat utk anak2 kita kat sekolah tu kan... (*)_(*)
ReplyDeletesalam missez hafiza..
Deletebetul tu, saya pun terjumpa article ni untuk kita kongsi bersama-sama..
terima kasih ye, sudi singgah.. =)
salam...
ReplyDeleteterima kasih sudi berkongsi ilmu :)
salam..
Deleteterima kasih sudi singgah di blog saya.. =)
tahniah dah ada blog.. banyak info yang saya dapat
ReplyDeleteTahniah juga buat cikgu..
Deletemasih banyak yang perlu diperbaiki lagi..
terima kasih sudi singgah.. =)